Angka kes baharu tunjuk kenaikan

0
90
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka harian kes baharu Covid-19 di seluruh negara kembali menunjukkan kenaikan apabila sebanyak 9,380 kes dilaporkan pada hari ini.

Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 2,303,837 kes.

Sarawak merekodkan angka kes harian tertinggi dengan 1,503 kes, diikuti Kelantan (1,170 kes), Selangor (1,116 kes) dan Johor (1,105 kes).

Sabah pula mencatat kenaikan sebanyak 790 kes, diikuti Terengganu (704 kes), Perak (629 kes), Pulau Pinang (632 kes), Kedah (556 kes) dan Pahang (511 kes).

Sementara itu, WP Kuala Lumpur merekodkan pertambahan 214 kes, diikuti Melaka (200 kes), Negeri Sembilan (191 kes), Perlis (42 kes) dan WP Putrajaya (18 kes).

Hanya WP Labuan mencatat kenaikan kes baharu dalam bilangan angka tunggal, apabila hanya 8 kes baharu dilaporkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here