AS kekurangan kit pengesanan pantas Covid-19

0
16
GAMBAR HIASAN

NEW YORK – Pasaran Amerika Syarikat (AS) dikatakan sedang mengalami kekurangan kit pengesanan pantas Covid-19 berikutan permintaan tinggi dalam kalangan majikan yang mahukan para pekerja mereka melakukan ujian sebelum kembali bekerja.

Menurut Reuters, pembuat kit tersebut seperti Abbot Laboratories, Quidel Corp. dan LumiraDX Ltd. sedang meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memenuhi permintaan pasaran.

Bagaimanapun, dalam jangka masa pendek, kekurangan kit tersebut menyebabkan kenaikan harga mendadak dan turut menyebabkan kelewatan dalam ujin berskala besar di peringkat negeri dan daerah.

“Permintaan daripada majikan adalah luar biasa. Kami tidak dapat memenuhi semua permintaan mereka,” kata Ketua Eksekutif Quidel, Doug Bryant.

Di Missouri, kekurangan bekalan kit pengesanan keluaran Abbot yang biasanya dijual pada harga USD5 (RM20.89), menyebabkan pihak berkuasa negeri terpaksa mencari alternatif lain yang lebih mahal bagi melaksanakan program ujian.

“Bagaimanapun, kami mendapati kit alternatif lain adalah tiga kali ganda lebih mahal daripada kit dikeluarkan Abbot,” kata seorang jurucakap agensi kesihatan awam Missouri kepada Reuters.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here