Askar jilat tangan pekerja wanita kedai vape diberkas polis

0
210
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki berpakaian askar melakukan gangguan seksual terhadap seorang pekerja wanita kedai vape

AMPANG – Polis telah menahan seorang askar yang didakwa menjilat tangan seorang pekerja wanita di sebuah kedai Vape di Taman Keramat di sebuah rumah di Taman Setiawangsa, dekat sini tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 26 tahun itu diberkas pada pukul 12.30 tengah malam oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ampang Jaya.

Beliau berkata, dalam tangkapan itu polis turut merampas kelengkapan uniform yang dipercayai dipakai suspek semasa kejadian.

“Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga telah dibuat dan keputusannya adalah negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam tular satu video seorang pekerja wanita sebuah kedai Vape di Taman Keramat di sini, diganggu secara seksual selepas tangannya dijilat seorang lelaki berpakaian seragam tentera.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, suspek didakwa telah mengambil kesempatan dengan memegang dan menjilat tangan pekerja wanita berusia 18 tahun tersebut ketika mahu menukar dan menghisap pod vape

Sementara itu menurut Mohamad Farouk, permohonan reman terhadap suspek telah dibuat dan dibenarkan selama empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

“Semakan mendapati suspek bertugas di Cawangan Tentera Darat, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur dan telah berkhidmat dengan ATM selama tujuh tahun.

“Siasatan lanjut berkenaan kes berkenaan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here