Bajet 2022: Kerajaan tak lupakan golongan bujang, sediakan bantuan RM350

0
238
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz

CYBERJAYA – Kerajaan tidak melupakan golongan bujang dalam Belanjawan 2022 apabila turut menyediakan bantuan kewangan untuk kumpulan berkenaan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz berkata, menerusi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) golongan itu diberikan bantuan sebanyak RM350.

“Ramai yang bertanya di media sosial, BKM ni tak ada ke untuk bujang?

“Adaaa. Ucapan Bajet tu sebenarnya cuma sebahagian dari pelbagai bantuan yang disediakan untuk #KeluargaMalaysia.

“Kalau nak kita senaraikan semua, sampai malam pun mungkin tak habis ucapan tapi dalam #Bajet2022 memang ada macam-macam bantuan untuk semua lapisan masyarakat,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebook miliknya.

Menerusi perkongsian grafik yang dilampirkan, golongan bujang yang berpandapatan RM2,500 ke bawah layak menerima bantuan RM350.

Dalam pembentangan belanjawan itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan bantuan sejumlah RM8.2 bilion disediakan untuk 9.6 juta penerima.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here