Bajet telekomunikasi di Kelantan ditambah kepada lebih RM1 bilion

0
18
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Jumlah pelaburan bagi meningkatkan infrastruktur telekomunikasi di Kelantan akan ditambah daripada RM700 juta kepada lebih RM1 bilion.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelbagai inisiatif baharu telah ditambah menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk pembangunan telekomunikasi di negeri berkenaan.

“Jendela di Kelantan telah ditambah dengan inisiatif baharu melalui pembinaan menara-menara baharu, perkhidmatan jalur lebar secara percuma kepada masyarakat orang asli menggunakan teknologi satelit dan juga pemasangan gentian optik berkelajuan tinggi di beberapa premis,” katanya melalui ciapan di Twiternya semalam.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan peruntukan RM700 juta menerusi Jendela untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur telekomunikasi di negeri berkenaan bagi menambah baik capaian internet seterusnya memastikan masyarakat dapat menikmati jaringan komunikasi lebih baik.

Annuar turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mendengar taklimat daripada delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here