Banjir: 3 PPS dibuka di kawasan Dengkil

0
126
Kawasan yang dilanda banjir di kawasan Dengkil semalam

SEPANG- Sebanyak tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di kawasan Dengkil susulan banjir melanda kawasan berkenaan semalam.

PPS berkenaan dibuka malam tadi di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Sekolah Agama Rendah Agama (SRA) Dengkil dan SRA Kampung Dato Ahmad Razali.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dengkil, Adhif Syan Abdullah, hujan lebat sejak 1 tengah hari semalam menyebabkan air Sungai Langat melimpah ke beberapa kawasan di daerah itu. 

Katanya, sehingga pukul 3 pagi, paras air semakin meningkat kerana Sungai Langat tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan melimpah keluar ke kawasan penduduk. 

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang sudah menggerakkan seluruh aset dan anggota bagi membantu penduduk yang terkesan,” katanya.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Sungai Merab Jaya, Kampung Lalang, Kampung Ampar Tenang, Kampung Cemperai, Kampung Sri Tanjung, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Kampung Orang Asli Batu 28 Jenderam, Taman Delima dan Taman Baiduri.

Dalam pada itu, kira-kira 100 buah rumah di Taman Dataran Abadi di Kampung Labu Lanjut ditengelami air selepas ban Sungai Labu pecah dan air mengalir ke kawasan rumah penduduk. 

Menurut jurucakap bomba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang bagi membantu memindahkan penduduk.

“Seramai 200 penduduk terjejas diarahkan berpindah dan berkumpul di Surau Abadi di taman berkenaan,” katanya. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here