Banjir Sg Putat: Anggota bomba terlibat dalam kemalangan meninggal dunia

0
19
Anggota bomba cuba memberikan bantuan awal kepada Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh semalam

MELAKA – Seorang anggota bomba yang terlibat dalam kemalangan ketika membantu mangsa banjir di Sungai Putat di sini petang semalam meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain, mangsa, Mohd Diya Che Jusoh meninggal dunia pada jam 3.11 pagi di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Dukacita dimaklumkan bahawa, PBK II (KUP) Mohd Diya bin Che Jusoh, anggota bomba yang terlibat dalam kejadian lemas di Sungai Putat, Melaka telah meninggal dunia pada jam 3.11 pagi di Jabatan
Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka.

“Warga JBPM Negeri Melaka merakamkan ucapan takziah dan amat berdukacita di atas insiden
tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam tular satu video seorang anggota bomba diberikan bantuan pernafasan selepas hampir lemas dibawa arus deras dalam kejadian banjir di Melaka semalam.

Ketika itu mangsa bersama anggota lain cuba membantu membawa keluar penduduk yang terperangkap dalam banjir dengan memasang tali.-MT


Sekian,
03:45:00, 21 Oktober 2021
(PPJB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here