Banjir Sungai Putat: Anggota bomba hampir lemas, dikejar ke hospital

0
1666
Mangsa difahamkan pengsan ekoran air yang terlalu deras

AYER KEROH – Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikejarkan ke hospital selepas dihanyut arus deras ketika sedang menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa dikatakan sedang memasang tali di kawasan banjir berkenaan untuk membantu penduduk kampung keluar daripada kediaman masing-masing, memetik laporan Astro Awani.

Pasukan bomba terpaksa terpaksa mengambil masa hampir 10 minit untuk membantu mangsa yang dipercayai pengsan ekoran arus air yang terlalu deras.

Mangsa kemudian diberi bantuan pernafasan (CPR) sebelum dibawa ke hospital menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here