Bayaran BKP sebanyak RM500 dibuat esok – PM

0
464
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Kerajaan mengumumkan bayaran Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 secara “one-off” akan dibuat bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi.

Katanya, bantuan itu akan memberi manfaat kepada seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan tahun ini.

“Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat melalui portal BKP bermula esok.

“Semoga bantuan ini dan juga bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau sentiasa menyedari keluhan ramai yang kehilangan punca pendapatan dan kesukaran meneruskan kehidupan seharian berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan memastikan tiada daripada ahli Keluarga Malaysia yang akan tersisih dan kerajaan komited untuk memastikan nasib anda sentiasa terbela.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here