Bekas Setiausaha Negara AS meninggal dunia

0
83
Mendiang Powell ketika bertugas dalam Angkatan Tentera AS

WASHINGTON – Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Colin Powell dilaporkan meninggal dunia hari ini akibat komplikasi Covid-19.

Menurut Reuters, kematian Powell, diumumkan oleh keluarga mendiang di laman Facebook, hari ini.

“Kita telah kehilangan seorang suami, bapa dan datuk yang penyayang dan menakjubkan,” kata keluarga mendiang dalam paparan itu.

Difahamkan, Powell meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan berikutan komplikasi Covid-19 di Pusat Perubatan Walter Reed di Washington.

Powell,84, merupakan lelaki berkulit hitam pertama yang dilantik ke jawatan Setiausaha Negara AS.

Mendiang merupakan penasihat keselamatan negara kepada Presiden Ronald Reagan pada tahun 1987 hingga 1989, dan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Ketua Turus Angkatan Tentera AS di bawah era Presiden George H.W. Bush ketika Perang Teluk 1991.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here