Bentang Belanjawan 2022 petang ini, Tengku Zafrul mohon doa semua

0
28
Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz

CYBERJAYA – Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Aziz akan membentangkan Belanjawan 2022 pada pukul 4 petang ini di Dewan Rakyat.

Dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya, beliau memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar pembentangan itu berjalan lancar.

“Salam semua, lebih kurang pukul 4 petang hari ini, saya akan membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

“Saya mohon anda mendoakan agar pembentangan ini berjalan lancar.

“Bajet ini amat penting bagi Keluarga Malaysia mencapai agenda pemulihan yang akan membawa kita keluar dari pandemik ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata, belanjawan itu juga dirangka secara inklusif bagi memastikan kesejahteraan, kelangsungan perniagaan dan juga pemulihan ekonomi semua.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here