Biar PM putuskan tentang proklamasi darurat di Melaka

0
33
Datuk Seri Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung situasi ‘panas’ di Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, DatuK Seri Ahmad Maslan berkata, terpulang kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahmad berkata, ia termasuk berkaitan keputusan sama ada akan mengisytiharkan Proklamasi Darurat di negeri itu atau sebaliknya.

“Itu (proklamasi darurat) tentulah tanggungjawab Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau. Perkara seperti ini amat besar dan tentunya akan diputuskan dalam Kabinet agaknya.

“Difahamkan esok akan ada mesyuarat Kabinet dan tentulah perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat itu. Kita tunggu keputusan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dilapor menasihatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)  dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here