Brainy Bunch Global buka ibu pejabat di Istanbul

0
303

CYBERJAYA – Jenama pendidikan montessori Muslim Brainy Bunch akan dikembangkan di seluruh dunia, dengan Istanbul diumumkan sebagai ibu pejabat globalnya.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim, pada webinar Koridor Industri Halal Malaysia-Turki yang dianjurkan oleh MyEvents International, hari ini.

Coach Fadzil kini berada di Isytanbul, Turki bagi mengembangkan jenama Brainy Bunch dan Tea Amo ke peringkat global.

Mohd. Fadzil yang turut dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, syarikat Malaysia sepatutnya mengambil peluang mengembangkan perniagaan ke Turki kerana keterbukaan dan kesediaan pasaran yang lebih luas di sana.

Katanya, Turki yang mempunyai sebanyak 84 juta pengguna dan secara tahunan menerima sebanyak 14 juta pelancong luar, mewujudkan ruang yang luas bagi pemasaran pelbagai produk.

“Alhamdulillah, sudah dua hari saya di sini, dan saya dapati banyak perkara menarik di sini.

“Saya dapati, pasaran di sini adalah amat luas dan produk Malaysia sebenarnya punya banyak kelebihan untuk tembusi pasaran di sini,” kata Coach Fadzil.

Coach Fadzil kini berada di Istanbul, Turki bagi meneroka peluang menembusi pasaran negara itu menerusi jenama Tea Amo dan Brainy Bunch, dan akan turut menyertai expo itu nanti.

Webinar itu dianjurkan bersempena penganjuran Showcase Malaysia pada Expo Halal OIC ke-8 di Turki pada 25 hingga 28 November nanti.

Selain Coach Fadzil, webinar itu turut menghimpunkan para penceramah lain seperti Duta Turki ke Malaysia, Merve Safa Kavakci; Penasihat Pejabat Pelaburan Turki, Dr. Bilal Ilhan; Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) GISB, Datuk Lokman Hakim Pforten; Pengarah Sektor Alam Sekitar MPOC, Dr. Ruslan Abdullah; dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Istanbul, Rosmizah Mat Jusoh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here