Buaya tembaga dipindah, tarantula dirampas Perhilitan

0
92
Buaya tembaga sepanjang 5.2 meter yang dipindahkan oleh Perhilitan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

PORT DICKSON – Seekor buaya tembaga sepanjang 2.5 meter berjaya ditangkap dan dipindahkan oleh Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia (Perhilitan) Negeri Sembilan di sekitar Batu 12, di sini, baru-baru ini.

Operasi pemindahan ke habitat lebih sesuai itu dilakukan selepas Perhilitan menerima aduan daripada orang ramai mengenai kelibat reptilia berkenaan sejak September lalu.

Perhilitan dalam kenyataan di Facebooknya kelmarin berkata, buaya tembaga berkenaan telah dipindahkan ke habitat yang lebih selamat selepas memasuki perangkap yang ditahan pihaknya.

“Perhilitan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membuat aduan mengenai kewujudan haiwan ini di kawasan yang boleh mengancam keselamatan awam.

Bekas berisi labah-labah tarantula yang dirampas Perhilitan Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sementara itu, dalam operasi pada awal lalu, Perhilitan Negeri Sembilan merampas 12 ekor labah-labah dari spesies tarantula di sebuah premis di Seremban. Rampasan hasil maklumat orang awam itu dilakukan selepas mendapati haiwan berkenaan disimpan tanpa kebenaran yang sah daripada Perhilitan.

“Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan berkaitan operasi ini.

“Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jabatan PERHILITAN Negeri Sembilan untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan Perhilitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here