“Bukan saya dalangnya” – Firdaus Wong

0
1288

CYBERJAYA – Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung hari ini tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa beliau pengasas dan pemilik sebuah saluran Telegram yang menyebarkan video dan gambar lucah.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada kira-kira pukul 3 petang tadi.

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas dan pemilik Telegram channel yang menyebarkan video serta gambar lucah.

“Saya menafikan fitnah tersebut,” kata Firdaus di saluran Telegram miliknya, sebentar tadi.

Beliau turut berkata, beliau hanya memiliki satu saluran Telegram rasmi sahaja iaitu Firdaus Wong Wai Hung Telegram.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah.

“Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut,” katanya lagi.

Difahamkan, laporan polis itu dibuat berikutan wujud tuduhan orang ramai bahawa Firdaus merupakan individu yang bertanggung jawab menyebarkan video perlakuan lucah seorang individu didakwa sebagai pendakwah terkenal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here