Coach Fadzil buka ‘portal’ ekonomi halal Eropah untuk usahawan tempatan

0
68
Mohd Fadzil Hashim yang kini berada di Istanbul, Turki dalam lawatan perniagaannya.

CYBERJAYA – Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim hari ini menawarkan peluang kepada pemilik dan pembekal produk di Malakat Grocer untuk melebarkan pasaran produk ke Eropah.

Berita baik yang diumumkan dari Turki itu ditujukan khas kepada semua usahawan Malakat Grocer.

Mohd Fadzil berkata, tawaran itu diperolehi beliau melalui peluang promosi khas di Ekspo Halal Istanbul yang akan diadakan tidak lama lagi.

Melalui peluang itu, para usahawan berpotensi meluaskan pasaran produk halal mereka melalui Turki sebagai ‘gerbang’ produk halal ke Eropah.

“Saya baru dapat pengesahan untuk dapatkan tempat promosi khas untuk anda melalui Malakat Mall di Expo Halal Istanbul.

“Kami akan berusaha mencari buyer untuk produk anda,” katanya melalui hantaran di Facebooknya petang ini.

Menurut Mohd. Fadzil, untuk merebut peluang itu para usahawan perlu bersedia dengan kualiti dan penampilan produk yang baik untuk melepasi kriteria minimum ditetapkan kerajaan Turki.

Untuk rekod, Malakat Grocer yang merupakan pasar raya utama milik Kumpulan Malakat Eco kini mempunyai kira-kira 1,700 produk (SKU) yang kebanyakannya milik usahawan bumiputera Islam.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim bergambar di hadapan Malakat Grocer Alam Damai, Cheras.

Beliau berkata, usahawan yang berminat untuk merebut peluang itu boleh menghubungi pihak pengurusan Malakat Mall.

“Minat? Hubungi Kardash Salam Zulkarnain! Inilah perjuangan Malakat! Membina 1,000 Jenama Kelas Dunia!,” katanya.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil kini berada dalam kunjungan Koridor Industri Halal Malaysia-Turki di Istanbul.

Semalam, beliau yang merupakan pengasas jenama Brainy Bunch mengumumkan Istanbul sebagai ibu pejabat global bagi institusi pendidikan montessori Islam tersebut.

Pembukaan ibu pejabat Brainy Bunch itu merupakan sebahagian daripada usaha pihaknya (exponential growth) menembusi pasaran global sekali gus menjadikan Brainy Bunch sebagai jenama institusi pendidikan awal kanak-kanak terkemuka dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here