Colombia tahan ketua kartel dadah Clan del Golfo

0
380
Anggota pasukan keselamatan Colombia berswafoto bersama Otiniel (tengah) selepas berjaya menahannya.

COLOMBIA – Pihak tentera Colombia berjaya menahan ketua kartel dadah Clan del Golfo dalam satu operasi pada Sabtu lalu.

Menurut Reuters, Dairo Antonio Usuga atau lebih dikenali sebagai Otoniel ditahan di wilayah Antioquia dalam satu operasi yang dinamakan sebagai Operasi Osiris.

“Penahanan ini satu kejayaan besar buat kita semua.

“Secara langsung, penahanan ini merupakan satu tamparan hebat buat aktiviti pengedaran dadah dalam negara kita pada abad ini,” kata Presiden Colombia, Ivan Duque.

Otoniel (tengah, t-shirt hitam) berjaya ditahan dalam Operasi Osiris pada Sabtu lalu.

Duque berkata, kesan penahanan Otoniel terhadap rangkaian pengedaran dadah adalah sama seperti kematian ‘Raja Kokain’ kartel Medellin, Pablo Escobar pada 1993.

Selain mengedar dadah, Otoniel turut didakwa atas tuduhan membunuh anggota polis, menggunakan kanak-kanak sebagai pengedar, dan salahlaku seks juga ke atasa kanak-kanak.

Sebelum ini, Colombia telah menawarkan ganjaran bernilai USD800 ribu (RM3.32 juta) bagi sebarang maklumat mengenai lokasi persembunyian Otoniel, manakala pihak Amerika Syarikat pula difahamkan menwarkan sebanyak USD5 juta (rm20.75 juta) juga bagi maklumat yang sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here