Covid-19: 10,915 kes baharu dilaporkan, Sarawak tertinggi

0
48
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 10,915 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara pada hari ini.

Pertambahan ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM), menjadikan jumlah kes yang dilaporkan di dalam negara sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas adalah sebanyak 2,268,499 kes.

Sarawak menjadi negeri dengan angka kes harian tertinggi iaitu 2,121 kes, diikuti Selangor dengan 1,386 kes, dan Kelantan dengan 1,288 kes.

Hanya WP Labuan mencatat bilangan kes baharu dalam bilangan angka tunggal, apabila hanya 4 kes baharu dilaporkan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,498,274 remaja berusia antara 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat 30 Oktober.

“Angka itu menyamai 47.6 peratus daripada jumlah golongan umur itu dalam negara.

“Sebanyak 52,774 iaitu 1.7 peratus lagi telahpin menerima dos lengkap,” kata Dr. Noor Azmi dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, lima negeri dengan pencapaian kadar vaksin tertinggi bagi golongan umur itu adalah WP Labuan (77.6 peratus), Kedah (67.1 peratus), Sarawak (62.7 peratus), Perlis (61.8 peratus) dan Melaka (59.4 peratus).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here