Covid-19: 5,666 kes baharu hari ini

0
20
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak 5,666 kes baharu Covid-19 dilaporkan di seluruh negara setakat tengah hari tadi.

Kata Kementerian Kesihatan (KKM), pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di dalam negara sejak pandemik ini melanda negara adalah sebanyak 2,431,716 kes.

Sementara itu, Sabah mencatat pertambahan sebanyak 502 kes baharu, dengan penurunan kes dicatatkan di 17 daerah.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, daripada 502 dilaporkan itu, hampir 97 peratus adalah kes dalam kategori satu dan dua, manakala jumlah kes dalam kategori tiga, empat dan lima yang memerlukan rawatan di hospital atau unit rawatan rapi (ICU) adalah rendah.

Di Sarawak pula, angka kes harian baharu masih kekal tiga angka apabila sebanyak 754 kes dilaporkan hari ini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan, daripada 754 kes baharu dilaporkan hari ini, 222 adalah kategori satu (tiada gejala), 514 pula kategori dua (gejala ringan), empat kategori tiga (jangkitan paru-paru), sembilan kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan baki lima kes kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here