Covid-19 : 63 kematian baharu, 8 BID

0
84
Petugas melakukan pengurusan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Baqi’ di Cyberjaya 10.

CYBERJYA – Jumlah kematian baharu akibat Covid-19 yang di dalam negara setakat tengah malam tadi berjumlah 63 orang termasuk 8 kes yang berlaku di luar hospital (BID).

Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM) di COVIDNOW, jumlah terbaharu itu menjadikan kes kumulatif kematian akibat wabak tersebut di negara ini berjumlah 28,832 kes bersamaan 1.17 peratus daripada 2,455,510 kes keseluruhan.

Sementara itu, terdapat 70,058 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 54,090 individu atau 77.2 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.

Seramai 9,453 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) manakala sebanyak 5,948 kes dirawat di hospital dan 567 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU membabitkan 267 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 300 lagi memerlukan mesin ventilator.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here