Covid-19: 8 kluster baharu dikesan, angka kes baharu 6,377

0
93
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Sebanyak lapan kluster baharu Covid-19 dikesan di seluruh negara setakat hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster yang masih aktif kepada 474.

Dalam ciapannya sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster yang dikesan itu melibatkan lima kluster tempat kerja, manakala masing-masing satu melibatkan kumpulan berisiko tinggi, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), dan komuniti.

“Bagi kluster tempat kerja, dua kluster dikesan di Selangor iaitu di Hulu Langat dan Kuala Langat.

“Selebihnya adalah di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor,” kata Dr. Noor Hisham.

Sementara itu, beliau turut menambah, sebanyak 6,377 kes baharu dikesan di seluruh negara menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 2,454,743 kes.

Buat masa ini, sebanyak 564 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 294 daripadanya diberi bantuan pernafasan.

“Bagi kes sembuh pula, sebanyak 6,637 kes dilaporkan sudah pulih pada hari ini,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here