Covid-19 : 9,751 kes baharu dilaporkan

0
40
Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 9,751 kes positif Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu kini sebanyak 2,323,478 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor kembali merekodkan kes tertinggi degan 1,796 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 1,339 kes dan Kelantan sebanyak 1,052 kes.

“Johor (864 kes), Sabah (705 kes), Terengganu (650 kes), Perak (643 kes), Pulau Pinang (632 kes), Kedah (578 kes), Pahang (551 kes), Kuala Lumpur (313 kes), Melaka (244 kes) dan Negeri Sembilan (243 kes).

“Selebihnya, Perlis (94 kes), Putrajaya (45 kes) dan Labuan (dua kes),” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here