Covid-19: 9,890 kes baharu dilaporkan

0
64

CYBERJAYA – Sebanyak 9,890 kes baharu Covid-19 dilaporkan pada hari ini, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Perlis, yang sebelum ini konsisten melaporkan kes baharu di bawah dua digit, hari ini mencatat 200 kes baharu.

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan dalam negara kepada 2,313,727 kes.

Kes harian tertinggi dicatat negeri Sarawak dengan 1,413 kes, diikuti oleh Selangor (1,402 kes) dan Kelantan (1,032 kes).

Sementara itu, Johor mencatat 993 kes, diikuti Sabah (820 kes), Perak (794 kes), Pulau Pinang (721 kes), dan Terengganu (699 kes).

Dalam pada itu, Pahang merekodkan (564 kes), diikuti Kedah (503 kes), Melaka (260 kes), WP Kuala Lumpur (250 kes), dan Negeri Sembilan (180 kes).

Hanya WP Putrajaya mencatat kes harian di bawah angka 100, apabila hanya 59 kes dilaporkan, manakala WP Labuan tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here