Covid-19: Angka kematian global lepasi 5 juta

0
22
GAMBAR HIASAN

NEW YORK – Angka kematian di seluruh dunia akibat Covid-19 sudah melepasi 5 juta semalam.

Menurut Reuters, lebih daripada separuh angka kematian global yang dilaporkan dalam purata tujuh hari ini berlaku di Amerika Syarikat, Rusia, Brazil, Mexico dan India.

Walaupun mengambil masa lebih dari satu tahun untuk jumlah kematian Covid-19 mencecah 2.5 juta, 2.5 juta kematian berikutnya dicatatkan hanya dalam waktu kurang dari lapan bulan, menurut analisis Reuters.

Secara puratanya, 8,000 kematian dilaporkan di seluruh dunia setiap hari sejak minggu lalu, atau sekitar lima kematian setiap minit.

Walau bagaimanapun, kadar kematian global didapati sedikit menurun dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Benua Amerika Selatan menyumbang angka kematian tertinggi iaitu 21 peratus daripada jumlah kematian yang dilaporkan, diikuti Amerika Utara dan Eropah Timur yang masing-masing menyumbang lebih dari 14 peratus.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here