Covid-19: Angka kes baharu kembali naik

0
103
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 dalam negara kembali meningkat hari ini apabila sebanyak 6,148 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dalam ciapannya, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan sejak pandemik itu bermula adalah sebanyak 2,448,372 kes.

Sementara itu, portal Utusan Borneo melaporkan, hanya 17 daripada 713 kes positif baharu yang dilaporkan hari ini mengalami jangkitan paru-paru dan memerlukan bantuan pernafasan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, 696 kes lagi adalah mereka yang tidak bergejala dan hanya bergejala ringan.

Menurut jawatankuasa itu, sejumlah 22 kes kematian baharu turut direkodkan dalam tempoh antara 7 dan 25 Okt, melibatkan mereka yang berusia antara 34 dan 86 tahun.

Terdapat tiga kes tidak mempunyai latar belakang penyakit dan selebihnya 19 kes lagi mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, paru-paru kronik dan kencing manis.

JPBN turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di tiga buah rumah panjang melibatkan Rumah Uchi (Julau) dari 26 Okt hingga 1 Nov, Rumah Mulok (Pakan) dari 27 Okt hingga 2 Nov dan Rumah Endit (Saratok) dari 27 Okt hingga 6 Nov.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here