Covid-19: Angka kes baharu tunjuk penurunan ketara berbanding semalam

0
142
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Angka kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan ketara apabila sebanyak 4,782 kes dilaporkan pada hari ini.

Untuk rekod, angka kes baharu yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 5,666 kes.

Ciapan di akaun Twitter Majlis Keselamatan Negara itu turut menyebut, pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara kepada 2,436,498 kes.

Sementara itu, populasi dewasa di negara ini yang sudah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 94.6 peratus atau bersamaan dengan 22,143,545 individu.

Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang dimuat naik di portal COVIDNOW turut menunjukkan, 97.5 peratus atau 22,813,885 individu populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sejumlah 124,530 dos suntikan diberikan melibatkan 106,261 suntikan dos lengkap dan 9,831 suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini bertambah kepada 49,069,291 dos.

Sementara itu, sebanyak 1,622,869 atau 51.6 peratus individu dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin manakala 81.1 peratus atau 2,552,468 individu remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Data COVIDNOW turut memberitahu, sejumlah 8,438 dos penggalak vaksin Covid-19 telah diberi semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini adalah sebanyak 101,590 dos.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here