Covid-19: Jepun sedia beri dos penggalak kepada rakyatnya

0
17
GAMBR HIASAN

TOKYO – Kementerian Kesihatan Jepun bersetuju supaya kesemua individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksinasi Covid-19 diberi suntikan dos penggalak (booster).

Keputusan itu dicapai oleh sebuah panel penasihat yang mengkaji dapatan kajian dijalankan di Amerika Syarikat, semalam.

Dos penggalak itu dijangkakan diberi selepas lapan bulan si penerima lengkap menerima dos keduanya, kata Bernama yang memetik laporan Jiji Press.

Bagaimanapun, pihak Kementerian Kesihatan hanya akan membuat keputusan mengenai pemberian itu pada bulan hadapan, dengan para frontliners akan mendahului senarai penerima.

Kajian menunjukkan, keberkesanan vaksin Pfizer dalam kalangan penerima berumur 12 tahun ke atas menurun daripada 88 peratus kepada hanya 47 peratus selepas lima bulan diberikan.

Program pemberian vaksin Jepun melibatkan penggunaan vaksin keluaran tiga pengeluar – Pfizer, Moderna Inc, dan AstraZeneca.

Untuk rekod, Jepun sudah memeterai kontrak mendapatkan 120 juta dos vaksin Pfizer dan 50 juta dos vaksin Moderna bagi tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here