Covid-19 kembali meningkat dengan 6,210 kes

0
39
Dr Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu apabila sebanyak 6,210 kes dikesan berbanding 5,733 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter miliknya berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 2,413,592 kes.

Melalui infografik yang dikongsikan, 6,210 kes positif berkenaan adalah daripada 145,258 ujian saringan yang dilakukan di seluruh negara.

Walaupun berlaku peningkatan kes berbanding semalam, peratusan kadar positif didapati menurun daripada 5.50 peratus semalam kepada 4.28 peratus.

Sementara itu, bagi kadar penggunaan alat bantuan pernafasan, Perak mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 67.6 peratus, diikuti kelantan (58.2) Pulau Pinang (44.6).

Bagi kapasiti pusat kuarantin pula, Negeri Sembilan mencatatkan 82.6 peratus, Kelantan (63.6) dan Lembah Klang (54.1)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here