Cubaan rampasan kuasa di Sudan?

0
259
Pengerusi Majlis Kedaulatan Sudan, Jeneral Abdel Fattah Abdelrahman al-Burhan dijangka akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat ini.

KHARTOUM – Pihak tentera Sudan dilaporkan melancarkan cubaan untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Abdalla Hamdok hari ini.

Agensi berita antarabangsa melaporkan, Abdalla kini sedang ditahan di kediamannya, manakala beberapa anggota kabinet lain turut sudah ditahan oleh pasukan tentera.

Semua laluan termasuk jambatan menghala ke ibu negara Sudan kini sudah disekat oleh tentera.

Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok

Buat masa ini, pihak tentera belum memberi sebarang maklumbalas mengenai insiden tersebut.

Sementara itu, laporan al-Jazeera menyebut, sistem telekomunikasi di negara itu kini sedang mengalami gangguan, dan “agak sukar untuk mengeluarkan maklumat terkini mengenai situasi semasa”.

“Namun, apa yang kita tahu setakat ini, Menteri Industri sudahpun ditahan.

“Beberapa minit lepas, dia memuat naik paparan di akaun media sosial miliknya bahawa pihak tentera sedang berkumpul di luar kediamannya,” kata wartawan Al-Jazeera yang berada di lokasi, Hiba Morgan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here