Doakan Ustaz Kazim, kaki dan betis membengkak dipercayai terkena buatan orang

0
369
Datuk Mohd Kazim Alias

CYBERJAYA – Tahap kesihatan pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias ketika ini berada dalam keadaan kurang memuaskan dipercayai terkena buatan orang.

Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian sebuah video live di laman Facebook pendakwah yang lebih popular dengan gelaran Ustaz Kazim itu semalam.

Semasa video live itu, Ustaz Kazim turut menunjukkan gambar kotak berisi beberapa objek yang ditemukan di pusat pengajiannya di Pusat Pengajian Al-Barakah.

Ustaz Kazim dalam video berkenaan turut mendedahkan kaki dan betis kirinya ketika ini membangkak sehingga menyukarkan beliau untuk berjalan seperti kebiasaannya.

“Ini dijumpai di tempat laluan tempat saya mengajar di AL-Barakah. Laluan itu untuk saya sahaja. Kita jumpa abu dan dalam abu itu ada gambar saya yang dibakar.

Keadaan kaki Ustaz Kazim yang membengkak

“Saya tunjukkan sebagai satu pengajaran. Selepas kejadian ini kaki saya membengkak. Mula-mula kita ingat bisul, rupanya bukan.

“Kaki kiri saya membengkak dan nak sentuh, jalan pun tak boleh. Ini kadang-kadang kita pun tak tau apa benda. Cuma kita pandang baik pada Allah SWT, Allah bagi ini nak naikkan darjat, nak hapuskan dosa kita. Insyallah, Allah maha mengetahui,” katanya.

Kata Ustaz Kazim, bagaimanapun beliau masih bertahan dengan kesakitan itu dan berharap tidak dimasukkan ke hospital.

“Sejak dua minggu kita buat rawatan Islam, pelbagai ubat dah kita guna dan alhamdulilah keadaannya banyak berubah cuma masih sakit,” ujarnya.

Jelas Ustaz Kazim, kesukaran yang ditanggung juga tidak menghalang beliau untuk terus mengajar kerana itu merupakan tugas yang paling disukai beliau.

“Macamana pun saya tetap nak mengajar. Ubat saya adalah melakukan apa yang saya suka. Yang saya suka adalah mengajar orang,” ujarnya.

Sejak dua minggu lalu beliau tidak dapat berjalan disebabkan bengkak kaki dan menggunakan topang ketiak sebagai sokongan untuknya berjalan, malah pada minggu lalu beliau terpaksa menggunakan kerusi roda.

Sakit kaki itu juga menyebabkan beliau terpaksa bersolat menggunakan kerusi roda.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here