Dua pekerja Alam Flora ditemui mati di Setapak Jaya

0
806

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dan wanita pekerja Alam Flora ditemui mati dalam sebuah rumah di Setapak Jaya, di sini, pagi tadi.

Mayat kedua-dua mangsa berusia 50 dan 51 tahun itu ditemui selepas didapati tidak hadir bekerja dan panggilan telefon kedua-duanya tidak terjawab.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring selepas kediaman yang berkunci dari dalam itu dipecahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu, manakala mayat wanita pula terbaring di atas katil dalam bilik tidur utama.

“Siasatan dan pemeriksaan di lokasi serta anggota badan kedua-dua mangsa tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau tampil ke balai polis berhampiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here