Duterte umum bersara daripada politik

0
173

MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengumumkan persaraan beliau daripada kancah politik setelah penggalnya sebagai presiden tamat.

Kata Reuters, beliau turut mengumumkan menolak pencalonannya namanya sebagai calon timbalan presiden dari Parti PDP-Laban bagi pilihan raya presiden pada tahun hadapan.

“Sentimen orang ramai mengatakan saya tidak layak, dan tindakan saya itu (dicalonkan sebagai timbalan presiden pada pilihan raya) akan dilihat sebagai melanggar semangat Perlembagaan.

“Oleh itu, saya patuh pada kehendak anda semua, yang telah memilih saya ke jawatan ini dahulu. Jadi, hari ini saya (turut) mengumumkan pengunduran saya dari politik,” kata Duterte yang menjawat jawatan presiden sejak 2016.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas hadir ke Suruhanjaya Pilihan Raya bersama bekas pembantunya, Senator Bong Go bagi memfailkan pencalonannya menggantikan Duterte pada pilihan raya tahun hadapan itu.

Perlembagaan Filipina mengehadkan jawatan presiden negara itu dipegang oleh seorang individu bagi satu penggal sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here