Enam syarikat mohon bekal pesawat LCA baharu TUDM

0
491

CYBERJAYA – Sebanyak enam buah syarikat difahamkan telah menghantar tender bagi membekalkan 18 buah pesawat tempur ringan (LCA) kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut portal The Edge, butiran lanjut tender berkenaan tidak didedahkan, namun difahamkan bernilai kira-kira RM4 bilion, dengan separuh daripadanya akan dibayar menggunakan komoditi minyak sawit.

“Sembilan syarikat telah memperoleh borang tender berkenaan tetapi hanya enam borang diterima pada tarikh tutup permohonan pada 6 Oktober lepas,” kata satu sumber kepada The Edge.

Kata sumber itu lagi, enam syarikat yang telah menghantar permohonan mereka adalah:

1) Korea Aerospace Industries (KAI) dengan Kemalak Systems Sdn. Bhd. menawarkan FA-50;
2) Turkey Aerospace Industries menawarkan Hürjet;
3) China National Aero-Technology Import & Export Corp (Catic) menawarkan pesawat tempur ringan L-15;
4) Syarikat Leonardo dari Itali menawarkan pesawat M-346;
5) Hindustan Aeronautics Ltd. dari India, menawarkan pesawat Tejas;
6) Aerospace Technology Systems Corp. Sdn. Bhd., sebuah syarikat usahasama antara National Aerospace and Defence Industries Sdn. Bhd. (Nadi),Russian Aircraft dan Rosoboronexport dengan MIG-35.

Pemenang tender itu dijangka diumumkan pada bulan Mac atau April tahun hadapan.

Tender perbekalan ini dikeluarkan bagi membekalkan TUDM dengan pesawat tempur ringan bagi menggantikan pesawat BAe Hawk Mk 108 dan Mk 208.

KAI FA-50
TAI Hürjet
Hongdu L-15
Leonardo M-346
Tejas
MIG-35

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here