Facebook, Instagram, WhatsApp kembali selepas 6 jam gangguan

0
47
Gangguan perkhidmatan 3 platform utama ini menyebabkan jutaan penduduk dunia terputus servis.

CYBERJAYA – Selepas enam jam tergendala, perkhidmatan tiga platform terbesar media sosial, Facebook, Instagram dan WhatsApp kembali pulih.

Akses kepada platform tersebut sama ada melalui web dan aplikasi di telefon pintar dikatakan terganggu sejak pukul 12 malam tadi.

Masalah yang disifatkan oleh DownDetector sebagai gangguan teknikal terbesar setakat ini dan kali terakhir Facebook mengalami gangguan adalah pada 2019 iaitu selama 14 jam.

Gangguan tiga media sosial berkenaan kembali pulih kira-kira pukul 6.30 pagi ini dengan aduan perkhidmatan yang masih kurang lancar.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepter melalui ciapan Twitternya berkata, masalah yang berlaku itu akan diatasi dengan seberapa segera.

“Perkhidmatan Facebook sudah kembali dalam talian. Ia akan mengambil sedikit masa untuk pulih sepenuhnya. Kepada usahawan kecil dan perniagaan besar, individu dan siapa sahaja yang menggunakan khidmat kami, kami mohon maaf,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here