[VIDEO] FAMA terbangkan PakCHIPS ke luar negara

0
75


Produk PakCHIPS keluaran Marhas Trading mendapat sambutan yang amat baik

KESEDAPAN dan rasa manis nangka madu variasi J33 sememangya tidak perlu diperkatakan lagi kerana ia sememangnya diketahui oleh para pengemar buah berkenaan.

Pernah anda terfikir bahawa nangka madu J33 ini boleh dijadikan dalam bentuk cip, mungkin akan ada tertanya-tanya apa rasanya apabila diolah menjadi bentuk makanan lain.

FAMA terbangkan PakCHIPS ke luar negara

Jadi, jawapan yang boleh diberikan ialah rasanya tidak ‘lari’ dan manis seperti buah-buahan asli. Itu kelainan yang ditampilkan Marhas Trading yang memperkenalkan produk PakCHIPS.

Pengasas Marhas Trading, Hasni Isa berkata, idea untuk menghasilkan produk cip nangka tercetus selepas beliau menghadiri pameran produk hasil tani yang diadakan di Putrajaya pada 2010.

Ketika terdapat lima produk keluaran Marhas Teading di pasaran

“Ketika pameran itu, saya diberikan cip nangka untuk dicuba, sangat sedap. Harganya RM15 untuk 50 gram, saya melihat produk ini berpotensi untuk dikembangkan.

“Bermula daripada itu, saya mula membuat kajian tentang produk ini. Lebih-lebih lagi, nangka amat sesuai untuk ditanam di Malaysia kerana keadaan tanah dan iklimnya sangat sesuai,” katanya.

Hasni memilih sendiri buah nangka madu J33 untuk dijadikan cip nangka

Menurut Hasni, langkah pertamanya terjun ke dalam bidang ini ialah dengan membeli tanah seluar 10 ekar di Lenggeng, Negeri Sembilan untuk dijadikan ladang nangka pada 2013.

“Saya keluarkan modal lebih RM1 juta untuk bina legasi PakCHIPS, bermula dengan beli tanah, usahakan ladang sehingga terhasilnya inovasi produk cip nangka madu J33.

Pekerja Marhas Trading memastikan hanya buah berkualiti diprises menjadi cip nangka.

“Cip nangka dihasilkan dengan cara ‘vacuum fried’ yang menjadikan cip nangka ini rangup dan tidak berminyak. Yang penting, cip ini tidak dihasilkan tanpa sebarang perasa tambahan.

“Segala kerangupan yang produk ini terhasil daripada rasa sebenar nangka madu J33. Ketika ini, kita ada dua vacuum fried untuk operasi kilang,” katanya yang merupakan bekas kontraktor.

Sementara itu, Pegawai Pemasaran dan Jualan Marhas Trading, Mardhiah Lin Abdullah berkata, ketika ini, PakCHIPS sudah mempunyai lima produk (5 SKU) jualan di pasaran.

Katanya, selepas kejayaan produk Honey Jackfruit Chips di pasaran, Marhas Trading hasilkan empat lagi produk iaitu Crispy Banana Cracker, Pumpkin Chips, Garlic Chips dan Fried Onion.

Mardhiah sentiasa memastikan segala SOP dipatuhi dalam penyediaan produk Marhas Trading

“Alhamdulillah, untuk produk jenama PakCHIPS ini sangat baik. Dalam mengembangkan lagi perniagaan, kami juga ada  mengikuti program anjuran pelbagai kerajaan,” katanya.

Untuk pasaran tempatan katanya, produk PakCHIPS boleh didapati di Lulu Hypermarket, MyTOWN Shopping Centre, AEON dan beberapa rangkaian stesen minyak terpilih.

Lebih menarik katanya, produk PakCHIPS sudah meluaskan empayarnya dan ‘terbang’ ke beberapa buah negara seperti China, Jepun, Australia, London dan terbaharu ke Rome, Itali.

Katanya, kejayaan itu terhasil melalui bantuan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang membawa produk PakCHIPS untuk diperkenalkan di pasaran luar negara.

Produk Marhas Trading di pasaran luar negara

“Saya akui dan sangat  berterima kasih kepada FAMA, tanpa bantuan agensi ini produk PakCHIPS ini tidak dapat melebarkan sayap dan berkembang ke pasaran di luar negara.

“Agensi itu banyak membantu terutamanya melalui Galakan Pasaran Luar Negara FAM yang membawa produk PakCHIPS ini kemana-mana sahaja untuk diperkenalkan.

“Melalui usaha itu, kami mendapat pesanan dan permintaan yang tinggi di luar negara.Terbaharu pada Jun lalu, FAMA telah membawa produk kami ke Rome di Itali,” katanya.

Mardhiah berkata, selain memperkenalkan produk PakCHIPS ke luar negara, FAMA juga telah membantu Marhas Trading dalam mereka cipta pembungkusan bagi Pumpkin Chips.

Mengulas mengenai pek produk PakCHIPS, Mardhiah berkata, produk dibungkus dalam pek seberat 50gram dan dijual pada harga antara RM6.50 sehingga RM7.

“Sekarang kami mempunyai seramai tiga orang pekerja dan mampu mengeluarkan 10,000 pek produk setiap bulan dan produk yang mendapat permintaan tinggi semestinya Honey Jackfruit Chips,” katanya.

Selain itu katanya, pihaknya juga turut memasarkan produk secara dalam talian menerusi platform Facebook, Instagram, Telegram, Shopee dan juga beberapa saluran lain.

Menjadi satu kebanggaan apabila produk tempatan dijual di pasaran antarabangsa

Mardhiah yang menyifatkan produknya sebagai makanan ringan yang menyihatkan itu juga bersyukur kerana terdapat juga pelanggan ‘original equipment manufacturer’ (OEM) yang terus memberi sokongan kepada perniagaannya.

Dalam pada itu, ketika ditanya perancangan Marhas Trading, Mardhiah berkata, pihaknya merancang untuk mengeluarkan beberapa lagi produk yang berasaskan peria, lobak merah, sengkuang dan ubi kentang.

“Kita rancang untuk perluaskan lagi pasaran produk jenama PakCHIPS. Untuk pasaran luar negara, kita akan berusaha untuk menguasai beberapa platform jualan yang bersesuaian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here