Fumio Kishida dipilih PM Jepun ke-100

0
24
FUMIO KISHIDA

TOKYO – Fumio Kishida hari ini dipilih di Parlimen sebagai Perdana Menteri negara itu yang baharu bagi menggantikan Yoshihide Suge.

Menurut agensi DW, Kishida,64, merupakan bekas Menteri Luar Negara Jepun pada 2012 hingga 2017, dan pada minggu lepas telah dipilih untuk mengetuai Parti Liberal Demokrat (LDP).

Dia dijangka akan membubarkan Parlimen pada minggu hadapan bagi membolehkan pilihan raya diadakan pada hujung Oktober nanti.

Tugas berat menanti Kishida bagi memulihkan kepercayaan awam terutamanya dalam memulihkan kembali ekonomi yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19.

Difahamkan, antara langkah pemulihan yang bakal diperkenalkan termasuk pakej pemulihan bernilai USD269 bilion (RM1.122 trilion) pada hujung tahun tahun ini.

Beliau turut dijangka akan memperkenalkan rang undang-undang baharu percukaian bagi meningkatkan pendapatan orang ramai, dan melindungi perusahaan kecil dan sederhana.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here