Gangguan air di 50 kawasan sekitar KL semakin pulih

0
18
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Status pemulihan bekalan air di 50 kawasan sekitar Kuala Lumpur berikutan kebocoran paip pengepaman di Rumah Pam Segambut semalam, sudah mencapai tahap 80 peratus setakat 6 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kawasan yang masih belum pulih adalah Anjung Tiara, Bukit Prima Pelangi, Bukit Segambut, Dutamas dan Taman Bukit Sri Bintang.

Turut terlibat Taman Flora Impian, Taman Prima Impian, Taman Seri Bukit Segambut, Taman Sri Bintang dan Taman Sri Sinar.

Elina menambah, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

“Pengguna yang telah mendapat bekalan air dinasihatkan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui semua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau talian 15300 dan sebarang pertanyaan serta aduan boleh diajukan di Pusat Bantuan di laman
sesawang www.airselangor.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here