Gangguan disebabkan kesilapan teknikal pada router

0
39

LOS ANGELES – Facebook Inc. dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan, punca gangguan teknikal yang menyebabkan Facebook, Instagram dan Whatsapp gagal diakses pada awal pagi tadi adalah disebabkan kesilapan teknikal pada alat routernya.

Menurut Reuters, kenyataan itu dimuat naik oleh Timbalan Presiden Facebook Inc., Santosh Janardhan.

Menurut Santosh, kesilapan konfigurasi pada rotuer tersebut menyebabkan lebih 3.5 bilion pelanggan perkhidmatannya di seluruh dunia gagal menggunakan tiga tiga platform terbesar media sosial miliknya.

“Pihak kejuruteraan kami telah mengenal pasti isu sebenar kepada gangguan tersebut.

“Masalah itu tercetus akibat pertukaran konfigurasi pada router tulang belakang yang mengkoordinasi trafik rangkaian pada pusat data kami,” kata Santosh dalam kenyataan itu.

Santosh menambah, pihaknya tidak menemukan sebarang bukti terdapat sebarang kebocoran data pengguna ketika gangguan tersebut berlaku.

“Kami memohon maaf kepada semua pengguna yang terlibat kerana kami juga memahami kepentingan berkomunikasi,” katanya lagi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here