Gangguan seksual : Niat saya diambil di luar konteks – Menteri

0
62
AHMAD FAIZAL AZUMU

CYBERJAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mempertahankan tindakannya bertanyakan tujuan isu gangguan seksual di kem terjun negara yang dibangkitkan oleh ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong adalah untuk tahu lebih lanjut.

Ahmad Faizal berkata, kenyataannya untuk bertanyakan perkara itu secara lebih lanjut bagaimanapun telah menimbulkan salah faham.

“Saya tidak langsung mempersoalkan apa yang diadukan oleh @pandelela_R. Apa yang saya katanya adalah untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku.

“Ini adalah perkara serius, kita mesti memastikan persekitaran atler kita di semua peringkat. Lela, saya bersama awak,” katanya menerusi ciapan Twitter hari ini.

Khamis lalu, Pandelela mendedahkan perlakuan seorang bekas jurulatihnya yang didakwa suka membuat lawak berunsur lucah kepada atlet.

Sehubungan itu, Ahmad Faizal menegaskan tidak pernah berniat untuk mempersoalkan tujuan Pandelela membangkitkan semula isu berkenaan dan meminta pihak-pihak yang tidak berpuas hati merujuk semula klip penuh sidang medianya.

“Apa yang cuba saya lakukan (maksudkan) ialah mendengar terlebih dahulu dari semua pihak sebelum saya boleh beri penjelasan, itu yang saya sebut dalam sidang media.

“Saya dah muat naik (klip penuh) dalam Facebook saya, untuk semua dengar sendiri apa yang saya katakan.

“Saya mesti memastikan kejadian buruk (yang telah berlaku) kepada Pandelela, (tidak lagi berlaku) kepada mana-mana atlet terkesan, kerana kita mesti pertahan anak-anak kita,” katanya.

Pandelela Rinong

Dalam laporan sebuah portal semalam, Ahmad Faizal dilaporkan mahu tahu mengapa insiden gangguan seksual yang sudah 7 tahun berlaku dibangkitkan semula.

“Saya sudah mula buat panggilan sendiri secara peribadi. Sebagai menteri saya sudah jumpa beberapa atlet, saya tanyakan tentang perkara ini dan sebagainya. Mungkin tak sesuai untuk saya hebahkan perkara ini.

“Tetapi saya hanya mahu memahami situasi keseluruhannya, kenapa tiba-tiba pula setelah sekian lama, Lela (Pandelela) keluarkan kenyataan melalui kenyataan beliau.

“Saya juga ingin menghubungi mantan Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin) sebab saya percaya dia juga mempunyai pandangan atau maklumat tentang perkara ini,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here