Hanya guru lengkap vaksin dibenarkan mengajar di sekolah

0
39
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Hanya guru yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas dan berinteraksi dengan murid.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, langkah itu termasuk dalam penyediaan pelan komprehensif pembukaan sekolah bagi memastikan murid dapat kembali belajar secara bersemuka dalam keadaan selamat.

Radzi berkata, dalam merangka pelan itu, KPM telah mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh bagi mendapatkan pandangan dan cadangan daripada semua pihak berkepentingan.

“Pelan itu juga dibuat melalui analisis terperinci bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta diselarikan dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Bagi memastikan kelancaran pengoperasian sekolah, KPM telah menyediakan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 sebagai rujukan kepada jabatan pendidikan negeri (JPN), pejabat pendidikan daerah (PPD) dan pentadbir serta guru,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Bashir Alias yang ingin mengetahui apakah bentuk kajian, analisis risiko situasi Covid-19 dan aspek-aspek yang dipertimbangkan oleh pihak Kementerian bagi menentukan keputusan pembukaan sekolah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here