Hanya HRDF kendalikan latihan kemahiran – PM

0
33
ISMAIL SABRI

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini menetapkan hanya Kementerian Sumber Manusia menerusi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) akan mengendalikan semua latihan peningkatan kemahiran dan kepelbagaian kemahiran.

Menurut Bernama, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah ini adalah bagi membolehkan penyelarasan dibuat kerana sebelum ini ada beberapa kementerian melaksanakan latihan seperti itu yang menyebabkan berlakunya pertindihan.

“Kita telah setuju (latihan) akan diletakkan bawah satu kementerian untuk diselaraskan sebab ada enam kementerian menjalankan kursus.

“Kadang-kadang yang untung syarikat yang berikan kursus. Sekarang ini kalau kita tengok kursus semua kementerian buat tapi akhirnya kursus yang sama,” katanya semasa wawancara khas bersama editor kanan media di Kuala Lumopur, baru baru ini.

Beliau berkata, latihan yang dijalankan perlulah fokus berdasarkan keadaan sesuatu kawasan itu, seperti di Pengerang, Johor kepada minyak dan gas manakala Pulau Langkawi kepada sektor pelancongan.

“Jangan kursus benda-benda lain yang tidak sesuai. Kita sekarang ini nak menyelaraskan kalau boleh, tidak terlampau banyak. Duit yang digunakan untuk kursus (banyak), outcome tak ada.

“Satu orang ada 10 sijil kat rumah kat dinding tapi dia macam tu sahaja. Jadi sebab itu, sekarang ini kalau kita lihat untuk B40, kita fokus kepada memberikan latihan sebagainya,” katanya lagi

Selain itu, Ismail Sabri berkata, soal penyelarasan juga akan dibuat dalam pemantauan bantuan kepada rakyat.

“Yang ini melibatkan banyak (pihak) majlis agama, JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), MINDEF (Kementerian Pertahanan) pun ada, banyak yang terlibat.

“Akhirnya kita akan selaras. Sekarang tengah tengok perkara ni. Begitu juga dengan perumahan ada bawah PPR (Program Perumahan Rakyat), ada juga bawah MINDEF untuk repair rumah bawah Jiwa Murni.

“KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), (kerajaan) negeri pun ada bagi. Itu semua kita akan selaraskan supaya tiada pertindihan,” kata Ismail Sabri lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here