Hanya tinggal 0.9 peratus untuk capai 90 peratus vaksin penuh dewasa

0
37
Statistik pemberian vaksin di ngara ini

CYBERJAYA – Baki untuk mencapai sasaran 90 peratus populasi dewasa divaksin sepenuhnya kini cuma tinggal 0.9 peratus apabila sebanyak 89.1 peratus atau 20,856,337 individu kategori itu melengkapkan vaksin semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.6 peratus atau lebih 22,153,302 juta individu dewasa telah menerima suntikan pertama.

Setakat semalam juga, sejumlah 196,647 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 25,551 diikuti Johor (18,017), Perak (11,640), Pulau Pinang (8,901) Kedah (8,145), Pahang (3,095) dan Selangor (3,063).

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengingatkan orang ramai yang ingin pulang ke kampung untuk melakukan ujian Rapid Test Kit-Antigen (RTK-Ag) bagi memastikan bebas dari Covid-19.

Pengumuman mengenai Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi .

Sementara itu permohonan untuk mendapatkan Sijil Digital Pengecualian Vaksinasi Covid-19 hanya layak dipohon oleh golongan tidak boleh divaksin disebabkan isu kesihatan.

Menurut perkongsian JKJAV, pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari pakar perubatan seperti di hospital swasta, pakar perubatan keluarga di klinik kerajaan atau pakar/pegawai perubatan yang merawat di hospital kerajaan yang berpakar.

Langkah seterusnya adalah dengan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat dan mengemukakan slip telah disahkan sebelum permohonan diproses dalam masa 7 hari.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here