Harga baharu kit ujian Covid-19 akan diumumkan bulan depan

0
7
Gambar Hiasan

KUALA BERANG – Kerajaan dijangka akan mengumumkan harga maksimum baharu kit ujian kendiri Covid-19, bulan depan.

Ia akan diumumkan selepas perbincangan dengan pemain industri dan juga Kementerian kesihatan (KKM).

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid hari ini.

“Tugas dan tanggungjawab KPDNHEP adalah memastikan penjual bahan berkenaan tidak menaikkan harga melebihi had maksimum ditetapkan.

“Setakat ini, kita dimaklumkan terdapat kira-kira enam juta kit ujian kendiri Covid-19 dalam pasaran dan ia mencukupi untuk memenuhi permintaan pengguna,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Dalam perkembangan sama, Rosol berkata, jumlah pembekal dijangka meningkat, sekali gus menambah bekalan dalam pasaran.

“Apabila lebih banyak pembekal dan jenama kit ujian kendiri Covid-19 berada di pasaran, ia akan mewujudkan persaingan perniagaan, sekali gus mendorong harganya diturunkan.

“Kita turut menjangkakan pengguna boleh mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19, bukan sahaja di farmasi, malah di pasar raya dan kedai serbaneka,” katanya.

Terdahulu, Rosol merasmikan program Fun Ride sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2021, Peringkat Daerah Hulu Terengganu, di Dataran Pasar Tani hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here