Hulu Selangor jadi kawasan pertama bekalan air pulih sepenuhnya

0
15

Penduduk mengambil bekalan air di lori tangki Air Selangor setelah kawasan perumahan mengalami gangguan bekalan air

CYBERJAYA – Bekalan air di Hulu Selangor pulih sepenuhnya selepas mengalami gangguan akibat kerja-kerja penyenggaraan aset-aset utama di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, peratusan pemulihan Hulu Selangor mencapai 100 peratus setakat 12 tengah hari tadi diikuti Kuala Selangor (99.4 peratus), Shah Alam (94.2 peratus) dan Petaling (89.8 peratus).

“Kawasan Kuala Langat pula merekodkan peratusan pemulihan sebanyak 85.7 peratus, Gombak (65.5 peratus), Kuala Lumpur (38.6 peratus) serta Klang (16.8 peratus).

“Justeru, pemulihan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas telah mencapai tahap 68 peratus keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza.

Ujarnya, ini bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. –

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here