[email protected] salurkan maklumat jayakan konsep Keluarga Malaysia

0
15
Ali Suhaili (dua dari kanan) semasa meninjau pameran [email protected] di Malakat Mall Cyberjaya

CYBERJAYA- Jabatan Penerangan Negeri Selangor yakin program yang dianjurkan pihaknya telah membuahkan hasil untuk menyalurkan segala maklumat sahih kepada rakyat Selangor.

Ketua Pengarahnya, Ali Suhaili berkata, pihaknya telah menganjurkan sembilan program [email protected] untuk memberi penerangan kepada rakayat di sembilan daerah di Selangor.

Beliau berkata, program yang dianjurkan sejak awal tahun itu telah banyak membantu menyalurkan maklumat yang dibawa oleh kerajaan agar rakyat tahu mengenai perkembangan semasa.

“Kami Jabatan Penerangan Negeri Selangor berusaha untuk sampaikan maklumat yang dibawa oleh kerajaan agar kita sama-sama bangkit walaupun kita berbilang bangsa, agama dan budaya.

“Kita bangkit sebagai sebagai satu keluarga tanpa ada sebarang perselisihan. Kita bersama-sama jayakan konsep Keluarga Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian program [email protected] peringkat daerah Sepang yang diadakan di Malakat Mall di Cyberjaya.

[email protected] peringkat daerah Sepang yang dianjurkan selama tiga hari bermula 29 Oktober lalu itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah.

Adhif Syan Abdullah

Hadir sama pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malakat Eco, Muhammad Hilmi Ismail dan Ketua Pegawai Daerah Sepang, Khairi Azali Ibrahim.

Mengulas lanjut, Ali berkata, pelbagai acara menarik diadakan pada tiga hari penganjuran program di Malakat Mall dan orang ramai juga turut melibatkan diri untuk mengetahui maklumat terkini.

“Kita anjurkan pelbagai program seperti pertandingan bintang patriotik kenegaraan, pertandingan mewarna kanak-kanak, sudut karikator dan juga bahan terbitan secara percuma.

Ali Suhaili menyampaikan cendera mata kepada Muhammad Helmi Ismail selaku tuan rumah kepada [email protected] peringkat daerah Sepang

“Terima kasih kepada Malamat Mall kerana sudi menjadi tuan rumah buat kali kedua, sebelum ini kita sudah jalinkan kerjasama dengan pusat beli belah ini untuk program yang sama pada tahun lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Adhif Syan berkata, beliau berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Negeri Selangor dan Malakat Mall yang telah menjayakan program berkenaan di kawasannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here