Israel kesan kewujudan jangkitan varian Delta Plus

0
40
GAMBAR HIASAN

TEL AVIV – Israel mengesan kewujudan kes Covid-19 varian AY.4.2 pertama di negara itu, hari ini.

Menurut The Guardian, jangkitan varian itu yang turut dikenali sebagai Delta Plus dikesan pada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Ben Gurion.

Lokasi asal kanak-kanak itu tidak dinyatakan, tetapi hanya dimaklumkan dia baharu tiba menaiki sebuah pesawat dari Eropah.

“Kewujudan varian AY.4.2 yang menular di Eropah sudah dikesan do Israel,” kata Kementerian Kesihatan Israel dalam satu kenyataan.

Kanak-kanak itu kini sedang menjalankan kuarantin bagi rawatan dan pihak kementerian tidak mengesan sebarang kontak rapat di lapangan terbang, kata kenyataan itu lagi.

Varin AY.4.2 yang turut dikenali sebagai Delta Plus merupakan koronavirus varian Delta yang telah bermutasi.

Ia merupakan kombinasi diantara AY.4 dan mutasi S:Y145H.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here