Jadikan masalah ummah masalah kita – Coach Fadzil

0
13
Mohd. Fadzil Hashim

ISTANBUL – Sifat seorang muslim yang berjaya harus memberi manfaat kepada yang lain dan tidak hanya memikirkan kejayaan diri sendiri.

Itulah ciri-ciri penting yang menjadi rahsia kejayaan seseorang dalam kehidupan mengikut acuan Islam.

Pengasas Kumpulan Malakat Eco, Mohd. Fadzil Hashim berkata, perbezaan antara seorang yang berjaya dengan yang kurang berjaya adalah mempunyai visi yang besar melebihi kepentingan peribadi.

“Hari ini saya ingin berkongsikan rahsia kejayaan iaitu mempunyai visi yang jelas. Atau dalam bahasa mudahnya, Dream Big! Maksudnya kita perlu tetapkan impian sebesar mungkin.

“Ada orang mengimpikan gaji yang besar, sama ada RM10,000 atau RM20,000. Itu sudah mencukupi bagi mereka sedangkan ini tidak betul.

“Kita sepatutnya ada matlamat yang jauh lebih besar. Impian yang berkepentingan kepada ummah,” katanya menerusi Live Facebook bertajuk ‘Rahsia Kejayaan’ dari Istanbul, semalam.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil kini berada di Turki dalam lawatan untuk melebarkan perniagaan melalui dua jenama iaitu Brainy Bunch dan Tea Amo.

Beliau berkata, keberadaan di negara itu mengingatkannya kepada ‘impian besar’ Sultan Muhammad Al- Fateh yang merupakan penakluk kota Konstantinopel atau Istanbul.

“Orang Turki yang paling berjaya adalah Sultan Al Fateh yang berjaya menakluk Konstantinopel. Satu usaha dan perjuangan yang telah bermula lama sejak ayah dan datuknya.

“Itulah contoh visi yang besar. Yang akhirnya memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Mohd. Fadzil berkata, tuntutan memberi manfaat kepada orang lain juga dituntut oleh Rasullah melalui hadis baginda ; Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.”

Dalam mencapai kejayaan itu katanya, umat Islam perlu menjadikan masalah ummah masalah diri sendiri dan berusaha untuk membawa perubahan yang lebih baik.

“Ummah kita ada bermacam-macam masalah. Masalah air bersih, tiada akses perubatan, pendidikan, riba dan sebagainya.

“Sebab itu kita sebagai orang Islam mesti buktikan kita mampu bertindak dengan usaha yang dapat menyelesaikan masalah-masalah dalam masyarakat,” katanya.

Selain itu katanya, ciri-ciri individu yang berjaya juga perlu sentiasa sedia untuk keluar dari zon selesa dan mencabar diri.

“Sebab itu bila kita selesaikan masalah yang besar dan utama, masalah-masalah lain yang kecil akan terungkai bersama,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here