Jangan bawa pulang virus ke kampung

0
22
Dr. Kasemani Embong

KUALA TERENGGANU – Perantau dari luar negeri ini yang mahu pulang ke kampung dinasihatkan melakukan ujian saringan secara kendiri bagi mencegah penularan Covid-19.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong dalam kenyataan hari ini berkata, kebenaran merentas daerah yang bermula hari ini sewajarnya diterima dalam keadaan penuh berwaspada kerana pergerakkan secara besar-besaran meningkatkan risiko jangkitan.

Katanya, dalam keterujaan itu rakyat perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi ahli keluarga.

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) ingin menasihati kepada semua rakyat Terengganu supaya membuat ujian kendiri iaitu RTK Ag saliva secara berkala untuk menjaga keselamatan orang yang tersayang dan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan masyarakat supaya menangguhkan aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai pada satu-satu masa.

“Jangan leka dan sentiasa patuhi prosedur operasi standard (SOP), kita perlu belajar hidup bersama Covid-19.

“Jika bergejala, segera dapatkan rawatan secara ‘walk in’ di premis kesihatan berhampiran,” katanya.

Semalam, kerajaan memberi kebenaran untuk rakyat Malaysia yang telah menerima vaksinasi lengkap melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu memohon kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here