Jangkitan baharu lepasi angka 8,000 kes hari ini

0
76
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Selepas beberapa mencatatkan penurun, jangkitan baharu Covid-19 di Malaysia hari ini mencatatkan sedikit peningkatan dengan 8,084 kes dicatatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan kumulatif kes terkini di Malaysia ialah sebanyak 2,369,613 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow https://covidnow.moh.gov.my

“Data setiap hari bagi laman CovidNow adalah dikemas kini sekali gus selepas tengah malam,” katanya secara ringkas pada hantaran di laman Facebooknya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here