[VIDEO] Jenama Brainy Bunch, Tea Amo dibawa sertai Ekspo Dubai 2020

0
71
Coach Fadzil bersama isteri dan anak-anaknya di KLIA sebelum berlepas ke Dubai, UAE awal pagi tadi

SEPANG – Kumpulan Malakat Eco buat julung kali akan menyertai Ekspo Dubai 2020 yang menghimpunkan pelbagai jenis perniagaan dan usahawan daripada kira-kira 200 negara yang mengambil bahagian dalam ekspo terbesar di dunia Arab itu.

Menurut Presiden Kumpulan Malakat Eco, Mohd Fadzil Hashim, misi kumpulan itu adalah untuk mempromosikan institusi pendidikan Brainy Bunch dan jenama produk air minuman boba Tea Amo, selaras dengan hasrat syarikat untuk mengembangkan perniagaan di luar negara.

Jenama Brainy Bunch, Tea Amo dibawa sertai Ekspo Dubai 2020

“Saya akan ke Dubai selama dua minggu. Misi saya ke pavilion Malaysia di Dubai ada dua, salah satunya ialah peluang untuk mencari bakal francaisi atau pelabur untuk institusi pendidikan Brainy Bunch dalam misi perluasan global.

“Kedua, kita hendak bawa sekali jenama Tea Amo kerana masih banyak negara terutamanya di Eropah dan Amerika Selatan, air minuman seperti ini masih belum popular dan kita ada peluang besar di sana,” katanya kepada Malakat Tribune sebelum menaiki penerbangan ke Dubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi.

Ekspo Dubai 2020 dijadualkan berlangsung sehingga Mac 2022

Ekspo Dubai 2020 yang akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022 sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu, bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

Lebih menarik, ekspo terbesar di dunia Arab itu akan dianjurkan di tapak seluas 900 stadium bola sepak dengan dihiasi seni bina menarik dari negara-negara yang mengambil bahagian.

Dalam itu beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, sepanjang tempoh itu juga, pihaknya akan mengadakan sesi mesyuarat dan jaringan perniagaan bersama-sama pelabur yang berpotensi.

brainy-bunch-building
Bangunan Brainy Bunch di Cyberjaya

Mengulas lebih lanjut, katanya, selepas menyertai ekspo tersebut, pihaknya akan berlepas ke Turki untuk menyertai program halal sedunia yang mana Malaysia turut mengambil bahagian.

“Tempoh masa berada di Turki lama sikit, paling minimum tiga bulan sebab saya akan ‘setup’ pejabat Eropah di sana dan kemudian kami akan meneruskan perjalanan ke United Kingdom dan beberapa negara lain yang menyatakan hasrat untuk membuka Brainy Bunch di negara masing-masing.

Gambar Arkeb: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bersama minuman Tea Amo ketika melawat sekitar Malakat Mall. -MT/FARID JANUDIN

“Selepas itu kami akan ke Toronto, Kanada kerana terdapat permintaan untuk membuka sekolah aliran agama Islam di sana, dan kemudiannya barulah kami ke Amerika Syarikat untuk membawa agenda pelan pengembangan Brainy Bunch di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Coach Fadzil turut memohon doa semua pihak supaya urusan perjalanan mereka dan agenda pengembangan Brainy Bunch di seluruh dunia berjalan lancar.

“Kerja kita di Malakat ialah untuk membina ekosistem, bukan perniagaan untuk keuntungan diri sendiri, doakan perjalanan kami ini dapat mewujudkan idea membina ekosistem bebas riba dalam tempoh 10 tahun dan menawarkan pendapatan RM5,000 dan lebih untuk setiap pekerja.

“Selain itu, kita juga hendak memberikan kesedaran yang mana pasaran sudah dibuka, kalau masyarakat masih nak kerja dan berjaya sorang-sorang, kita tak akan berjaya tapi menjadi lebih teruk.

“Ini kerana kita sudah merdeka selama 64 tahun, jadi saya mohon kepada orang Islam atau bukan Islam, ini adalah waktu paling tepat untuk kita satukan belanja dengan mengambil alih ‘share’ pasaran dalam sektor ekonomi runcit yang sebelum ini menjadi milik syarikat asing dan semoga kita masuk ke dalam fasa endemik dalam kebangkitan ekonomi Islam,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here